Sunday, 5 April 2015

LILLAHI TA'ALA





Assalamualaikum . 

Alhamdulillah . setelah menyertai Perkampungan Menara Gading Pahang (PMGP) , Dakian Iman dan Rehlah Qalbu(DIRQ) , Perkampungan Menara Gading Kebangsaan(PMGK) dan Kursus Asas Fasilitator Islam(KAFI) , saya akhirnya officially jadi fasilitator Islam . satu penghormatan dan tanggungjawab baru yang perlu dipikul okay aishah okay . 

terima kasih kepada family yang bagi support dari segi kewangan , terima kasih kepada kawan2 , abang2 and kakak2 fasi dan aishah's lovers . HAHA . YANG PALING PENTING terima kasih kepada diri sendiri sebab berjaya sampai ke tahap ni . bukan senang bagi saya . tapi saya tetap cakap kat diri saya "come on aishah bersemangat ." "you can do it" "tetapkan niat" "jangan putus asa" "masa ni la nak belajar , kalau tak bila lagi " 

Dulu masa sekolah2 dulu tengok fasi ni mcm biasa je . alah senang je jadi fasi ni . xde apa pun fasi ni . ntahapehapentah fasi ni . but now , baru sedar bukan senang nak jadi fasi . and saya nampak jadi fasi mcm kat sekolah yang bimbing kawan , buat activity sekolah semua tu lain dengan fasi luar sekolah . fasi luar sekolah lagi banyak ilmu dia . lagi berat tanggungjawab . lagi matang . lagi banyak benda nak kena handle . 

PERKARA PENTING SETIAP KALI KITA NAK MULAKAN SESUATU PERKARA MESTILAH DIMULAI DENGAN NIAT YANG BETUL . Niat kerana Allah Ta'ala . sepanjang saya menyertai KAFI , saya asyik tanya  kepada diri saya , "asal aku datang sini ha ?" "serious ke aku nak jadi fasi ?" "kenapa nak jadi fasi?" then at the end of the program , i've found the answer . :) yayyyyy 

mula2 , kena la tahu fasi tu apa benda.. kena betul2 faham . deep punya . sebab semua orang boleh jadi fasilitator tetapi tak semua boleh jadi fasilitator Islam . Saya tak nak jadi fasi biasa . saya nak berusaha untuk jadi fasilitator Islam yang berjaya! fasilitator yang boleh jadi role model yang thorbaikkk .. saya baru belajar . sila beri tunjuk ajar .

Seorang fasilitator Islam ni dia lain macam sikit dengan fasi yang lain . fasilitator Islam mesti mengamalkan konsep hamba , khalifah dan dai'e .menggunakan segala sumber yang ada ,  menjalankan amar makruf nahi mungkar(meyeru kebaikan mencegah kemungkaran) , mesti beriman dengan Allah dan berpandukan tanzim & haraki (mcm organisasi yang tersusun) 

Fasilitator Islam harus mematuhi etika fasilitator ! sebenarnya banyak etika . Antaranya bahasa (tak boleh guna dohh , sia , bapak ahh , kitorang , diorang dll) , fasi kena sentiasa terbuka , serasi dan sentiasa bersama dengan anak buah , menjaga keselamatan anak buah dll.

nak jadi Fasi kena ubah sikap . sebab kita nak jadi role model en tak kan la nak tunjuk sikap yang tak bagus . mcm mana nak jadi role model kalau sikap diri sendiri pun ntah pape ntah . sikap ni bukan sikap yang hipokrit . dalam program bagus je tapi luar program hampeh . apa salahnya kekalkan sikap bagus tu untuk selama lamaya kan kann . kreativiti tu sangat penting , kena pandai kawal emosi , sense of humor tu perlu sebab kalau tak memang hambar . perlu berkemahiran dan berilmu . perlu ada kemahiran komunikasi ( content , style , audience)

saya nak jadi fasilitator Islam sebab bila fikir2 balik , aku ni boleh ke terus tarik orang buat kebaikan , aku mampu ke buat ceramah yang beribu ribu orang datang , aku mampu ke sampaikan dakwah through youtube  and ada berjutaaaa views . tak boleh so , dengan jadi fasi  medium saya untuk berdakwah . kita perlu berdakwah . "sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat" nampak tak ? sepotong ayat pun okay . kalau lebih , berganda ganda la bagusssnyaaa . 

memang penat jadi fasi . macam2 kita kena korbankan . kita kena jatuhkan ego , kita kena rushing , kena buat modul , laksanakan LDK , pengurusan masa kena bijak , nak handle anak buah , MEMANG SANGAT MEMENATKAN tapi tak rugi pun buat semua ni sbb "Dunia ni untuk berjuang dan penat . kita rehatlah nanti di syurga" 

Bina kekuatan diri . yeahh . sentiasa positive . bersabar . lakukan niat kerana Allah :) in shaa Allah dipermudahkan . 

setakat ni saya punya cerita . eheh .

akhir kata ,


                   "sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri "






No comments:

Post a Comment