Sunday, 5 April 2015

Realiti Insan with lyrics - Santeekee

 Lagu Tema KAFI . jom nyanyi . kalau boleh buat gaya lagi best . seronok . tapi takde video gaya tu nak buat mcm mana . nyanyi je la yang mampu . SEMANGAT ! haha



LILLAHI TA'ALA





Assalamualaikum . 

Alhamdulillah . setelah menyertai Perkampungan Menara Gading Pahang (PMGP) , Dakian Iman dan Rehlah Qalbu(DIRQ) , Perkampungan Menara Gading Kebangsaan(PMGK) dan Kursus Asas Fasilitator Islam(KAFI) , saya akhirnya officially jadi fasilitator Islam . satu penghormatan dan tanggungjawab baru yang perlu dipikul okay aishah okay . 

terima kasih kepada family yang bagi support dari segi kewangan , terima kasih kepada kawan2 , abang2 and kakak2 fasi dan aishah's lovers . HAHA . YANG PALING PENTING terima kasih kepada diri sendiri sebab berjaya sampai ke tahap ni . bukan senang bagi saya . tapi saya tetap cakap kat diri saya "come on aishah bersemangat ." "you can do it" "tetapkan niat" "jangan putus asa" "masa ni la nak belajar , kalau tak bila lagi " 

Dulu masa sekolah2 dulu tengok fasi ni mcm biasa je . alah senang je jadi fasi ni . xde apa pun fasi ni . ntahapehapentah fasi ni . but now , baru sedar bukan senang nak jadi fasi . and saya nampak jadi fasi mcm kat sekolah yang bimbing kawan , buat activity sekolah semua tu lain dengan fasi luar sekolah . fasi luar sekolah lagi banyak ilmu dia . lagi berat tanggungjawab . lagi matang . lagi banyak benda nak kena handle . 

PERKARA PENTING SETIAP KALI KITA NAK MULAKAN SESUATU PERKARA MESTILAH DIMULAI DENGAN NIAT YANG BETUL . Niat kerana Allah Ta'ala . sepanjang saya menyertai KAFI , saya asyik tanya  kepada diri saya , "asal aku datang sini ha ?" "serious ke aku nak jadi fasi ?" "kenapa nak jadi fasi?" then at the end of the program , i've found the answer . :) yayyyyy 

mula2 , kena la tahu fasi tu apa benda.. kena betul2 faham . deep punya . sebab semua orang boleh jadi fasilitator tetapi tak semua boleh jadi fasilitator Islam . Saya tak nak jadi fasi biasa . saya nak berusaha untuk jadi fasilitator Islam yang berjaya! fasilitator yang boleh jadi role model yang thorbaikkk .. saya baru belajar . sila beri tunjuk ajar .

Seorang fasilitator Islam ni dia lain macam sikit dengan fasi yang lain . fasilitator Islam mesti mengamalkan konsep hamba , khalifah dan dai'e .menggunakan segala sumber yang ada ,  menjalankan amar makruf nahi mungkar(meyeru kebaikan mencegah kemungkaran) , mesti beriman dengan Allah dan berpandukan tanzim & haraki (mcm organisasi yang tersusun) 

Fasilitator Islam harus mematuhi etika fasilitator ! sebenarnya banyak etika . Antaranya bahasa (tak boleh guna dohh , sia , bapak ahh , kitorang , diorang dll) , fasi kena sentiasa terbuka , serasi dan sentiasa bersama dengan anak buah , menjaga keselamatan anak buah dll.

nak jadi Fasi kena ubah sikap . sebab kita nak jadi role model en tak kan la nak tunjuk sikap yang tak bagus . mcm mana nak jadi role model kalau sikap diri sendiri pun ntah pape ntah . sikap ni bukan sikap yang hipokrit . dalam program bagus je tapi luar program hampeh . apa salahnya kekalkan sikap bagus tu untuk selama lamaya kan kann . kreativiti tu sangat penting , kena pandai kawal emosi , sense of humor tu perlu sebab kalau tak memang hambar . perlu berkemahiran dan berilmu . perlu ada kemahiran komunikasi ( content , style , audience)

saya nak jadi fasilitator Islam sebab bila fikir2 balik , aku ni boleh ke terus tarik orang buat kebaikan , aku mampu ke buat ceramah yang beribu ribu orang datang , aku mampu ke sampaikan dakwah through youtube  and ada berjutaaaa views . tak boleh so , dengan jadi fasi  medium saya untuk berdakwah . kita perlu berdakwah . "sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat" nampak tak ? sepotong ayat pun okay . kalau lebih , berganda ganda la bagusssnyaaa . 

memang penat jadi fasi . macam2 kita kena korbankan . kita kena jatuhkan ego , kita kena rushing , kena buat modul , laksanakan LDK , pengurusan masa kena bijak , nak handle anak buah , MEMANG SANGAT MEMENATKAN tapi tak rugi pun buat semua ni sbb "Dunia ni untuk berjuang dan penat . kita rehatlah nanti di syurga" 

Bina kekuatan diri . yeahh . sentiasa positive . bersabar . lakukan niat kerana Allah :) in shaa Allah dipermudahkan . 

setakat ni saya punya cerita . eheh .

akhir kata ,


                   "sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri "






Thursday, 2 April 2015

why we did sin so much ?



      Assalamualaikum


dah 18 tahun hidup . em tak sampai 18 lagi tapi dosa dah selautan and lebih . kadang2 ada jugak rasa malu dengan Allah s.w.t sbb bila susah cari dia , berdoa , solat hajat semua tapi bila senang..., lagha and lupa Dia . manusia jenis tak kenang budi kita ni . 

Hari2 Allah bagi nikmat kesihatan , bagi udara yang segar untuk dihirup , bagi kebahagian , tapi disalahgunakan . kalau throw back mmng sikit je amalan yang kita buat sebagai tanda terima kasih  . Allah bagi kita sesuatu tanpa mengharapkan balasan tapi kita kena lakukan amalan2 tersebut sebagai tanda syukur . tapi kita sombong . terlalu bangga dengan apa yang ada pada diri kita . contoh , kecantikan , kekayaan , kesihatan , kepandaian , dan mcm2 lagi . tapi kita lupa .. semua tu Allah yang bagi . hanya pinjaman . lambat laun akan lenyap semua tu. no point kita nak bangga dengan semua tu.


walaupun kita lagha , kita lupa , kita lalai , Dia tetap bagi kita nikmat kehidupan . kita diberi peluang untuk masih hidup di muka bumi ini . kenapa ?? sebab Allah bagi kita peluang untuk bertaubat . tak semua orang nampak peluang tu . kita terlalu sibuk dengan urusan dunya sehingga kita lupa akhirat . kita patutnya seimbangkan hal dunya dan akhirat . 

seperti yang kita sedia maklum (rindu nak jadi ajk bm  hehe) , memang susah untuk kita bertaubat dan terus istiqamah nak2 pada usia remaja yang sangat banyak cabaran dan dugaan di luar sana seperti couple , fashion , laman sosial , popularity dan kawan dunya  TAPI , sedarlah semua tu hanya sementara . kejapp je . kita muhasabah diri . tanya diri kita . sebenarnya , apa tujuan kita hidup di bumi milik Allah s.w.t ni ? untuk famous ke ? untuk jadi kebanggan rakyat ke ? untuk kemas rumah ? untuk dating ? untuk shopping ? untuk show off? untuk belajar sehingga pandai semata mata ? untuk kerja cari duit ? untuk kaya ? tak . kita ada misi dan visi hidup di bumi ini . dunya ini hanyalah sementara . kita perlu mencari bekalan  untuk akhirat yang kekal abadi . 


so jom buat check list , setakat hari ni ? banyakkkkkk mana dah bekalan ? dah cukup ke ? andai kata esok nyawa kita kena tarik ? acane ? cukup dak ? kalau takkk cukup mcm mana ? nak minta tangguh ke ? "sat sat . jangan ambil lagi nyawa . bekalan tak cukup lagi ni . semalam busy shopping " boleh ke mcm ni ? renungkanlah . ajal maut tak mengira usia . kita tak tahu bila tarikh kita meninggal dunia . jadi marilah kita bersiap sedia . Allah sentiasa menerima taubat kita, in shaa Allah  . yang penting ikhlas keranaNya dan menyesal terhadap perbuatan lalu dan janji tidak akan ulang dosa tersebut . 


pesanan untuk little heroine jugak . saya masih belajar . marilah kita bersama sama terus ke jalan Allah .  sesungguhnya , kita hambaNya yang lemah . "Your sin is not greater than Allah's mercy"


Dear me , dont look back . you live in future . do pray . Keep Calm and Strengthen your Iman:)


akhir kata , 


Life is too short to waste time doing more sins .  

 . 



La Tahzan

Wahai Hati . Jangan la bersedih . Kadang2 Allah tidak memberikan apa yang kita mahu  .Bukan kerana kita tidak berhak untuk perkara tersebut . Tetapi kerana Allah tahu kita berhak untuk dapat lebih baik daripada itu :) .

Ketika kita berhenti mengejar apa yang bukan milik kita . Allah akan mempertemukan kita dengan yang terbaik untuk diri kita .

Jadi biarlah kita kehilangan sesuatu kerana Allah , tetapi jangan kita hilang Allah kerana sesuatu .
 
Sedang belajar :)

Road To Be A Better Muslimah

     Cita-cita sejak dulu mmng nak jadi muslimah sejati . tapi biasalah iman manusia turun naik . Bila selalu hadir majlis ilmu mcm kuliah Maghrib and join jemaah seperti IKATAN Pelajar Islam Pahang , kekuatan untuk berubah tu hadir tanpa dijemput . at first , seriously rasa mcm "aku mampu ke ?" "boleh ke?" "nak start kat mana?" . it is hard for me because of my past but then bila fikir balik , we live in future so we need to forget the past and jadikan pengajaran .


                                       DEAR PAST ,
                                      THANK YOU FOR ALL THE LESSONS.

                                       DEAR FUTURE ,
                                        I'M NOW READY . :)


     
       Boleh start berubah benda yang basic dulu seperti :-



  • Taubat Nasuha
  • Solat Fardhu di awal waktu 
  • Menutup aurat menepati syariat Islam
  • Membaca Al Quran dan tafsir 
  • Menghadiri majlis Ilmu
  • Delete gambar2 yang tidak menutup aurat di laman sosial
  • Menjalin hubungan yang mesra dengan keluarga
  • Jaga Percakapan
  • JAGA IKHTILAT


     Bila baca balik nampak senangkan ? tapi sebenarnya susah . nak2 yang part JAGA IKHTILAT . bukan senang nak jaga ikhtilat pada zaman serba moden ni . bila rasa mcm Iman dah teguh sikit , baru la start berubah ke level yang lebih tinggi contoh , melakukan qiammullai , bersedekah jariah , menghadiri majlis ilmu , mengajarkan ilmu kepada orang lain , dan mengamalkan ilmu tersebut . baca quran , memahami , mengamalkan  dan menyampaikannya kepada orang lain . berdakwah . dan mcm2 lagi yang kita perlu update dalam kehidupan seharian in order to be a better muslimah . 



akhir kata , 


   Dear Muslimah , 

    You Are BEAUTIFUL inside and out . 
     MasyaAllah ...

                                                                                                                                            

KAFI Kursus Asas Fasilitator Islam

Pejam celik pejam celik macam tak percaya je esok pergi KAFI . 3 days and 2 nights . Anjuran IKATAN , kerjasama PKPIM dan ABIM di Kempville Beach Resort , Kuantan . Need to prepare myself . May Allah ease everything . Tak sangka dah sampai tahap ni . Start with PMGP then DIRQ . Join PMGK and now KAFI . :)